DAY 1 KEM RUN TO THE HERO!

Jumaat, 27 April 2018 Hari ini merupakan hari pertama dan secara rasminya bermula program Run to the Hero. Kami semua telah berkumpul di Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya seawal jam 9.00 pagi. Pada awalnya, kami bercadang untuk bergambar dahulu sebelum bertolak ke SAMTTAJ tetapi terdapat beberapa orang yang masih tidak sampai API pada waktu tersebut dan van juga telah sampai maka kami semua bersetuju untuk bergambar bersama di SAMTTAJ sahaja. Seramai 7 orang perempuan menaiki van yang telah ditempah khas oleh saudara Akram dan mereka semua membawa barang - barang keperluan program seperti tali, pen marker, kotak fail dan sebagainya. Manakala, selebihnya iaitu seramai 5 orang menaiki kereta saudara Amin yang ditemani oleh saudara Ezzat. Bagi pelajar lelaki, semua telah bergerak ke destinasi menggunakan motosikal masing - masing. Seawal jam 10.20 pagi, kami semua telah selamat sampai di SAMTTAJ dengan baiknya dan disambut dengan cukup sempurna oleh pihak sekolah...