JALINAN MASYARAKAT SIRI 1.0

Assalamualaikum and hi😊

So harini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai program dan gerak kerja kami untuk kursus Jalinan Masyarakat ni.

I'm going to start from the beginning. We have our first meeting deciding our idea for this jalinan masyarakat. What kind of project are we going to do eh? Banyak cadangan yang kami dapat antaranya kita nak buat jalinan masyarakat bersama-sama orang asli, lawatan ke rumah orang-orang tua, kem untuk kanak-kanak di masjid-masjid yang terpilih dan program di sekolah. 

Selepas kami berbincang dan pertimbangkan idea-idea yang timbul dari pemikiran rakan-rakan kami ni, So at last we come up with our decision, we're going to make.... A Camp for the student!

Kem kami diberi nama, 'Run to the Hero!', dengan cita-cita berlari untuk mengejar menjadi seorang yang berjaya! Yep, semestinya tujuan program ini adalah untuk melatih kami, 'anak-anak muda' JSP Universiti Malaya ini untuk menjadi seorang yang lebih berkeyakinan tinggi dan mampu menempuh cabaran yang mendatang.

Kami telah bercadang untuk mengadakan program kami ini di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada 27-29 April 2018. Memandangkan kita ada seorang alumni dari sekolah ni, agak mudah untuk kami approach sekolah ni. 

Selepas selesai pembahagian divisi dan unit untuk program ni, kita pun mulakanlah gerak kerja kita. So here are some of the unit that we provide for our program:

i.   Unit Program dan Pengisian
ii.  Unit Tajaan dan Sumbangan
iii. Unit  Multimedia dan Teknikal
iv. Unit Makanan dan Hadiah
v.  Unit Kebajikan Keselamatan
vi. Unit Logistik

Antara gerak kerja yang direkodkan daripada setiap divisi sewaktu perjumpaan kami yang ketiga adalah:

i.   Unit Program dan Pengisian
Unit ini telah membentangkan lakaran kasar mengenai perjalanan aktiviti  program selama 3 hari untuk kem Run to the Hero.

ii.  Unit Tajaan dan Sumbangan
Unit ini telah membentangkan senarai nama-nama syarikat untuk tajaan dan beberapa aktiviti seperti jualan untuk pencarian dana.

iii. Unit  Multimedia dan Teknikal
Unit ini bertanggungjawab untuk segala kegiatan media sepanjang proses sebelum program seperti penyediaan blog dan poster.

iv. Unit Makanan dan Hadiah
Unit ini membentangkan tugasan mereka yang akan membantu unit tajaan untuk mencari tajaan yang berbentuk makanan dan hadiah untuk kegunaan semasa kem Run to the Hero berlangsung.

v.  Unit Kebajikan Keselamatan
Unit ini bertanggungjawab menyediakan peti kecemasan sepanjang program berlangsung dan berhubung dengan warden asrama SAMTTAJ

vi. Unit Logistik
Unit ini bertanggungjawab untuk mencari kenderaan untuk kegunaan pergi dan balik dari SAMTTAJ.

Jadi ini adalah sedikit sebanyak info dan gerak kerja kami sebelum berlangsungnya kem Run to the Hero. Selepas ini setiap unit akan berterusan mengemaskini mengenai gerak kerja mereka sepanjang perjalanan menuju berlangsungnya program kem Run to the Hero!

Sekian.
Farah Liyana Mohd Zohdi
IIE170009


Comments

Popular posts from this blog

UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN

UNIT PROGRAM & PROTOKOL

UNIT TAJAAN & DANA