TWO NIGHTS BEFORE!
25 APRIL 2018 - KHAMIS


Berikut merupakan gambar bagi aktiviti Listen to the Leader di mana para peserta perlu mengikat semua tali pada sebatang pen sahaja dan mereka perlu memasukkan pen tersebut di dalam botol tanpa menyentuh pen sedikit pun. Aktiviti ini mengajar erti kerjasama dan kerja berpasukan serta peka dan cakna pada arahan ketua kumpulan masing - masing.
Itu sahaja laporan dan cerita kami pada malam ini.
EZZAT EZZUDDIN BIN ABDUL JALIL
IIE170008
Pada hari ini, kami telah mengadakan perjumpaan kedua terakhir sebelum bermulanya Program Run to The Hero di SMA Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam pada hari Jumaat nanti. Kami telah mengadakan perjumpaan bertempat di BS13 bermula jam 8.30 malam.
Pada perjumpaan kali ini, kami semua telah melakukan latihan pergerakan bagi lagu tema program iaitu Soutul Harakah - Gelombang Keadilan.


Gambar 1
Berikut ialah gambar bagi lelaki dan perempuan ketika kami sedang melakukan latihan pergerakan bagi lagu tema program iaitu Gelombang Keadilan.
Seterusnya, kami juga telah membuat aktiviti bagi explorace yang akan diadakan semasa program kami dijalankan di SAMTTAJ nanti. Pada malam ini, kami hanya berkesempatan melakukan dua aktiviti sahaja iaitu Count on Me dan Listen to the Leader.
Gambar 2
Berikut merupakan gambar bagi aktiviti Listen to the Leader di mana para peserta perlu mengikat semua tali pada sebatang pen sahaja dan mereka perlu memasukkan pen tersebut di dalam botol tanpa menyentuh pen sedikit pun. Aktiviti ini mengajar erti kerjasama dan kerja berpasukan serta peka dan cakna pada arahan ketua kumpulan masing - masing.
Itu sahaja laporan dan cerita kami pada malam ini.
EZZAT EZZUDDIN BIN ABDUL JALIL
IIE170008
Comments
Post a Comment