UNIT PROGRAM & PROTOKOL
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada 27 hingga 29 April 2018 kami dari Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Univeriti Malaya telah berjaya melaksanakan Program Run To The Hero yang bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinngi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ),Shah Alam. Kami yang terdiri daripada empat orang semuanya iaitu Muhammad Asyraf, Afiqah Nabilah, Adibah dan Sarah telah diberikan tugas untuk berada dalam unit program dan protokol bagi memikirkan gerak kerja dan perjalanan program sepanjang program run to the hero dijalankan bagi memastikan setiap modul dan program memberi impak atau kesan yang positif kepada para pelajar SAMTTAJ. Pada blog ini kami akan menceritakan gerak kerja sebelum dan semasa program dalam unit program dan protokol.
1. Gerak Kerja
Sebelum Program:
Kami sebagai unit program dan pengisian ditugaskan untuk menyediakan tentatif program dan modul pengisian. Kami haruslah menyediakan program untuk selama 3 hari 2 malam. Kami dikehendaki untuk merancang slot dan aktiviti yang bersesuaian.Tentatif program haruslah selari dengan masa sekolah tersebut. Selain itu, tentatif program berjaya disiapkan dua minggu sebelum program itu bermula. Kami melakukan perbincangan tiga kali seminggu untuk menyelesaikan tentatif program dan modul pengisian. Masalah yang kami hadapi dalam menyediakan tentatif program iaitu percanggahan pendapat tentang jadual makan dan ketidakfahaman dalam memilih individu yang ditugaskan memberi motivasi.Selain itu,sebahagian cadangan bagi pengisian semasa program ditolak dan kami berusaha untuk mencadangkan aktiviti yang sesuai untuk pelajar di sana. Modul pengisian juga dapat disiapkan dan digunakan oleh semua fasilitator sebagai panduan program.
Pada malam 25 & 26 April, kami membuat persediaan setiap aktiviti dan slot. Kami juga mencuba segala aktiviti explorace bagi menerangkan aktiviti tersebut kepada fasilitator lain. Kami melakukan percubaan setiap program agar program dapat dijalankan dengan baik. Kami juga dapat melihat kelebihan dan kekurangan program selepas kami melakukan percubaan tersebut Kami juga harus memastikan barang-barang untuk program mencukupi seperti barang explorace, barang amanah dan barang yang diperlukan setiap aktiviti yang akan dijalankan disana.Kami juga membuat persediaan untuk peserta-peserta seperti file, kain putih dan lain-lain.
Semasa Program:
Pada pagi 27 April, kami memastikan barang program mencukupi sebelum kami bergerak. Perjalanan mengambil dalam satu jam ke sekolah tersebut. Pukul 10.30 pagi, kami sudah sampai dan kami meletakkan barang pogram di dalam Dewan Jazari. Pada pukul 11.30 pagi, kami diberi penerangan dari pihak sekolah mengenai gambaran peserta yang akan terlibat.Tepat pukul 2.00 petang, sesi pendaftaran bermula. Pada mulanya beberapa peserta sahaja yang kelihatan. Kemudian, kami disambut seramai 147 peserta . Seorang fasilitator yang mengendalikan sesi ice breaking. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut nombor yang berada di file masing-masing. Kumpulan akan kekal sepanjang program dan diberikan merit kepada kumpulan yang memberi kerjasama yang baik.Sesi pengenalan diri bersama kumpulan dijalankan.Ahli unit ini mengagihkan barang amanah iaitu biji jagung dan sehelai kain yang ditulis nama peserta.Semasa kejadian kami juga memastikan perlaksanaan program berjalan dengan baik dan mengikut masa.Kami juga menyediakan ‘backup plan’ untuk aktiviti luar seperti semasa riadah,jika cuaca tidak mengizinkan,kami menjalankan aktiviti di dalam dewan.Setiap malam,kami mengadakan postmortem bagi kelancaran program keesokan hari.
Selepas Program :
Pada 10 Mei, kami menjalankan sesi 'post mortem' bagi mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap program. Kami akan berbincang sesama ahli jabatan untuk mencari kelebihan dan kekurangan setiap program. Kami juga melakukan pernilaian berdasarkan borang penilaian program yang diberikan setiap pelajar.
2.Refleksi dan pengalaman:
Asyraf: Melalui program jalinan masyarakat ini, saya dapat mengeratkan lagi hubungan antara kawan-kawan dalam Jabatan Syariah dan Pengurusan disamping dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai cara-cara dalam mengendalikan program yg mempunyai bilangan peserta yang ramai. Dalam program ini juga saya memperolehi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan mahupun kenangan tersebut suka atau duka. Saya tidak dapat melupakan saat setiap program dijalankan apabila saya melihat gelagat-gelagat tingkatan 1 dan 2 yang mencuit hati dan berbangga apabila pada malam kesenian islam saya melihat bakat-bakat yang telah ditunjukkan oleh mereka walaupun mereka baru sahaja tingkatan 1 dan 2.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan laim yang sentiasa menyokong dan menolong ketika saya memerlukan pertolongan mereka.Saya juga ingin memohon maaf kepada ahli program dan pengisian kerana adakala saya tidak menjalankan tugas yang telah ditaklifkan kepada saya. Sesungguhnya,program ini tidak akan berjaya tanpa pertolongan mereka.
Afiqah : Di dalam program ini, saya mengendalikan sebuah ldk iaitu 'Kau, Aku dan Kita'. Saya memberi penerangan mengenai aktiviti pada malam itu iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu nama kumpulan, visi, misi, logo dan sorakan kumpulan. Nama kumpulan disepakati oleh semua fasilitator untuk memilih nama sahabat Rasulullah SAW. Setiap kumpulan haruslah meletakkan setiap elemen tersebut di dalam kertas mahjong. Pelajar diberi 20 minit untuk menyelesaikan tugasan. Setiap fasi harus memaklumkan nama kumpulan kepada saya agar tidak sama dengan kumpulan lain. Disebabkan salahfaham diantara dua kumpulan. Masa ditambah dalam 10 minit untuk menyiapkan tugasan. Tepat 10.30 malam, pelajar dilepaskan untuk makan malam. Tepat 10.45 malam pembentangan setiap kumpulan bermula. Setiap kumpulan dapat menerangkan dengan jayanya. Riuh rendah dengan sorakan kumpulan masing-masing. Saya sangat teruja kerana dapat menjalankan tugas saya walaupun ada kesalahfahaman diantara dua kumpulan tadi slot tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Saya berharap dapat mengendalikan sesuatu slot dengan bersungguh-sungguh pada program yang akan datang.
Adibah: Melalui program ini saya dapat mempelajari erti kerja sepasukan apabila berada dibawah satu unit.Saya sebagai ahli unit program dan pengisian,saya dapat mempelajari bagaimana untuk menyusun aturcara bagi sesuatu program dengan baik.Selain itu,semasa program berlangsung saya dan ahli unit ini memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan baik.Saya juga dapat mengendali dan mengenali pelajar tingkatan 1 dan 2 terutamanya ahli kumpulan saya.Mereka memberikan kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti kumpulan.
Sarah: Melalui program ini, saya dapat mempelajari untuk saling bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain supaya setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar semasa program dijalankan. Selain itu, saya dapat melihat keberanian para peserta untuk mewakilkan dirinya menjawab soalan setiap kali ditanya oleh fasilitator dan ia amat mengujakan saya serta dijadikan contoh untuk semua.
3.Harapan
Asyraf : Saya berharap agar melalui program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami yang akan menempuh pengajian selama 4 tahun. Saya juga berharap agar para pelajar Tingkatan 1 dan 2 dapat mengambil nilai-nilai yang baik yang cuba kami terapkan dalam diri mereka dan seterusnya dapat diaplikasikan oleh mereka bagi menghadapi pelbagai lagi cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar.
Afiqah : Saya berharap setiap fasilitator dapat mengendalikan setiap slot dan aktiviti dengan baik pada program yang seterusnya kerana kita diberi amanah untuk menjalankan tugas. Kita haruslah menjadi contoh teladan yang baik kepada peserta-peserta. Saya juga berharap peserta-peserta dapat mengambil input-input yang baik daripada kem "Run to the Hero" ini bak kata pepatah ' buang yang keruh, ambil yang jernih'.
Adibah : Daripada program yang kami jalankan ini saya berharap agar para pelajar dapat membuka minda mereka untuk berusaha menjadi pelajar yang berkualiti daripada slot yang sediakan seperti 'sharing moments' yang disampaikan sendiri daripada kalangan kami.Saya juga berharap agar pelajar dapat menguruskan masa dalam kehidupan dengan baik iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mereka.
Sarah: Saya berharap agar program yang dijalankan dapat memberi impak yang positif untuk para peserta dan juga fasilitator dalam menjalani kehidupan dengan mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang program. Contohnya, slot tayangan tentang Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluk Konstantinople boleh diambil iktibar sebagai seorang pelajar untuk tidak berputus asa dan bersemangat serta bijak dalam merancang strategi untuk mencapai kejayaan.
Sekian,terima kasih.
Muhammad Asyraf bin Mohd Khairul Azha
IIE170012
Afiqah Nabilah bt Mohd Zaidi
IIE170003
Nor Adibah bt Azmi
IIE170018
Sarah Atiqah bt Che Saifuddin
IIE170024
Unit Program dan Pengisian JMJSP 2017/2018~
Comments
Post a Comment