UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN


UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            
           Alhamdulillah, akhirnya kami telah berjaya menjalankan Program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP) pada sem 2 sesi 2017/2018 yang bertemakan "RUN TO THE HERO" dengan jayanya. Disini kami menyediakan sedikit gerak kerja yang telah kami lakukan, refleksi dan pengalaman sepanjang program dan juga harapan daripada program ini. Unit logistik ini terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Azimah Binti Hassan (IIE 170007) sebagai ketua unit, Nor Syuhada Binti Mohamad Roffi (IIE170020), Muhammad Akram Bin Mohd Jafri (IIE170011) dan Muhammad Muhajirin Bin Zulbahri (IIE 170016).




1. Gerak Kerja

           Skop tugasan untuk unit logistik adalah merangkumi sebelum dan selepas program. Antara tugas yang telah kami lakukan ialah menyediakan pengangkutan pergi dan pulang untuk para fasilitator bergerak dari UM ke SAMTTAJ. Selain itu kami juga menguruskan tempahan baju bagi program Jalinan Masyarakat ini. Bagi tugas menyediakan pengangkutan, kami telah mencari kenderaan yang sesuai untuk bergerak ke lokasi program serta kami membuat perbandingan harga sewa antara kenderaan tersebut antaranya ialah kereta,van atau mpv. Jadi setelah meneliti dan membuat perbandingan, akhirnya kami memilih untuk menempah van kerana harga yang berpatutan serta telah disediakan pemandu untuk pergi dan balik. Gambar dibawah adalah gambar van yang kami tempah.








Seterusnya bagi tugas menempah baju program, kami telah meminta cadangan untuk memilih rekaan baju yang sesuai mengikut pilihan majoriti. Setelah mendapat kata sepakat maka kami terus membuat tempahan pada harga RM25 sehelai bagi t-shirt berkolar lelaki dan RM28 bagi t-shirt muslimah. Baju siap pada waktu yang tepat iaitu 2hari sebelum program bermula. Disini kami sediakan contoh model bagi baju program ini.








2. Refleksi & Pengalaman

AZIMAH – Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada program yang telah dijalankan dengan rapi ini antaranya ialah saya dapat belajar erti kesabaran dalam menguruskan sesuatu program serta semasa bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menjayakan program ini. Selain itu, program ini juga dapat mengasah soft skill serta bakat yang terpendam dalam diri yang ada selama ini. Ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ini adalah program pertama yang kami jalankan sebagai team classmate.


SYUHADA- Saya sangat bersyukur kerana kem ini telah berjaya dijalankan baru-baru ini. Banyak pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang bekerjama dengan unit ini dan kawan-kawan sekelas secara umumnya. Melalui kem ini,saya dapat belajar untuk lebih bersabar dan bertenang untuk mengendalikan sesuatu. Apa yang paling saya ingat ialah ketika saya dipilih sebagai pengerusi majlis untuk majlis penutupan kem ‘Run To The Hero’. Walaupun pada awalnya agak kelam-kabut,namun atas bantuan kawan-kawan, saya dapat mengendalikannya sehingga berakhir majlis tersebut.

AKRAM – Apa yang saya dapat melalui kem run to the hero ini ialah dapat mengasah soft skill saya apabila menjadi urus setia dalam sesuatu program. Program ini juga mengeratkan hubungan kami warga jsp yang sama2 bertungkus lumus menjayakan program run to the hero ini. Selain itu saya dapat mengasah skil ketika berucap di hadapan orang ramai. Kenangan sepanjang program ini juga mengimbau nostalgia saya semasa mengikuti kem2 motivasi di sekolah satu ketika dahulu. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

MUHAJIRIN- banyak pengalaman yg sy perolehi drpd program run to the hero yg telah dijalankan. antaranya ialah, sy dpt meningkatkan lagi keyakinan diri sy utk bercakap di khalayak ramai. selain itu, saya juga dapat mengenal rakan seperjuangan dgn lebih rapat. kami juga semakin memahami antara satu sama lain dan memudahkan lagi untuk menyelesaikan pelbagai masalah. akhir sekali, sy dapat mengenal ramai pelajar tingkatan 1 dan 2 di samttaj dan mengetahui kekurangan dan kelebihan setiap ahli kump saya. saya amat bersyukur program ini dapat dijalankan dengan jayanya.


3. Harapan

AZIMAH- Dengan jayanya program ini telah dilaksanakan, saya berharap agar ukhuwwah yang telah terjalin dapat diteruskan dan menjadi sebagai satu semangat untuk rakan-rakan sekelas terus bekerjasama sepanjang kami mengharungi onak duri selama tempoh pengajian dalam jurusan Pengurusan Muamalat ini.

SYUHADA- Saya berharap agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan apa sahaja ilmu dan kemahiran yang dikongsikan bersama oleh para fasilitator seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan mereka. Selain itu, saya juga berharap agar hubungan bersama rakan sekelas akan bertambah erat.
  
AKRAM- Saya berharap agar pelajar-pelajar yang mengikuti program ini dapat memperoleh manfaat yang boleh mereka gunakan untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Selain itu, saya juga yakin bahawa pengurusan masa mereka lebih efisien di masa akan datang. Selain itu, run to the hero merupakan program melatih kepimpinan dalam diri. Oleh hal demikian, saya berharap agar semua pelajar mempunyai semangat kepimpinan dalam diri bagi menyuntik semangat dalam memajukan diri. Harapan saya yang terakhir, semoga pelajar pelajar samttaj lebih berdisplin serta terus unggul di masa hadapan.

MUHAJIRIN- saya berharap agar peserta yg terlibat dgn program ini lebih bekerjasama antara satu sama lain dan mengambil semua input yg diberikan daripada program ini. saya juga berharap agar ukhwah yg kami bina tetap terjalin sampai bila bila. akhir sekali sy berharap agar program seperti ini perlu diteruskan supaya generasi seterusnya dpt mengambil input yg berguna utk meneruskan kehidupan harian yg mencabar.

Sekian.

Azimah Binti Hassan
IIE 170007

Nor Syuhada Binti Muhammad Roffi
IIE170020

Muhammad Akram Bin Mohd Jafri
IIE170011

Muhammad Muhajirin Bin Zulbahri
IIE 170016

Unit Logistik Dan Pengangkutan JMJSP 2017/2018


Comments

Popular posts from this blog

UNIT PROGRAM & PROTOKOL

UNIT TAJAAN & DANA