UNIT TAJAAN & DANA


 UNIT TAJAAN & DANA




Assalamualaikum w.b.t buat semua :)



1. Gerak Kerja

Jalinan Masyarakat yang kami jalankan pastinya memerlukan dana agar ianya dapat berjalan lancar dan memenuhi keperluan program seperti peralatan ‘explorace’, hadiah, kos pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu, kami telah merancang pelbagai strategi dalam misi mengumpul dana. Terdapat pelbagai gerak kerja yang telah kami lakukan sebelum pelaksanaan program.
           Antara aktiviti yang telah dilakukan sebelum program ialah kami menjual roti sosej dengan harga RM1 bagi setiap satu pembelian. Pelajar perempuan yang membuat roti sosej manakala segala bahan yang diperlukan untuk membuat roti sosej dilakukan oleh Amin sambil dibantu oleh pelajar lelaki lain. Antara barang yang dibeli adalah plastik, sos cili dan mayonis. Modal yang diperoleh untuk membeli barang dikutip melalui pembayaran RM30 setiap ahli jabatan kami.

Antara bahan utama untuk membuat roti sosej

Apabila sudah siap membuat roti sosej, kami akan menghubungi pelajar lelaki lain untuk penghantaran ke setiap kolej kediaman. Kami membuat agihan jualan iaitu seorang perlu menjual 3 biji roti sosej di mana jumlah keseluruhan adalah 70 biji sehari. Kami membuat jualan pada setiap minggu dan jumlah dana kebanyakannya adalah daripada roti sosej.
Unit kami juga menjual samyang iaitu makanan dari Korea yang halal kerana melihat ianya menjadi permintaan ramai terutama dalam kalangan mahasiswi. Selain itu, kami juga menjual snek seperti apollo, bika dan banyak lagi. Semuanya dibahagikan mengikut kolej kediaman iaitu kolej kediaman 5, 7, 8 dan 12. Seluruh ahli memainkan peranan masing-masing untuk menjual barang-barang tersebut sehingga berjaya dengan menggunakan kaedah tersendiri.
Seterusnya dalam memohon sumbangan daripada pihak luar, Zahirah telah menyenaraikan syarikat dan masjid yang berpotensi untuk mendapatkan sumbangan manakala Najwa membuat surat dan menghantarnya melalui email. Amin pula telah pergi bertemu pegawai atasan MAIWP sambil ditemani Maizan dan Hambali iaitu Setiausaha dan Pengarah  Jalinan Masyarakat kami.
Di samping itu, kami juga melakukan 'donation run' dimana setiap ahli perlu mencari sekurang-kurangnya RM50 sama ada daripada keluarga atau orang ramai. Setiap ahli begitu bersungguh-sungguh dalam mencari dana sehingga mencapai sasaran yang diletakkan. Kami juga ada memohon sumbangan melalui media massa dengan meletakkan nombor akaun Bendahari Jalinan Masyarakat kami iaitu Faizal di dalam poster yang direka oleh Unit Multimedia. Sambutan yang diberikan amatlah memberangsangkan.
Akhirnya, melalui cara inilah dana dapat dikumpul dengan jayanya. Alhamdulillah!

2. Refleksi dan Pengalaman

Najwa - Melalui program ini saya dapat mempelajari erti syukur dan beruntung kerana dapat mengenali rakan-rakan jabatan yang sentiasa memberikan bantuan dalam apa jua cara. Selain itu, dapat menambahkan keberanian dan keyakinan diri apabila melihat para peserta yang tidak jemu ingin menjadi wakil apabila diminta oleh pihak fasilitator. Saya juga berasa sangat gembira dan terharu kerana ada di antara peserta yang tidak mahu pulang ke asrama setelah kem ini berakhir kerana mereka menginginkan kem ini terus dijalankan dan meminta pihak kami untuk mengadakannya sekali lagi.

Amin- Melalui program ini, saya dapat melihat secara terperinci dari pelbagai aspek tentang kerjasama antara ahli jabatan. Secara keseluruhannya, saya dapat menimba ilmu dan nendapat tunjuk ajar yang berguna daripada rakan-rakan lain. Keyakinan dalam diri saya juga dapat dipupuk dan sifat kasih sayang dalam diri juga dapat disemai. Selain itu, saya dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli jabatan dan juga masyarakat seperti pelajar sekolah dan guru-guru di sana. Saya juga dapat mengembalikan memori manis duduk di asrama yang sudah lama saya inginkan. Perasaan saya ialah saya amat bersyukur dan gembira serta terharu dengan sambutan yang diberikan dan komitmen yang diberi oleh setiap pihak.

Zahirah- Melalui program saya dapat mengenali ahli-ahli jabatan antara satu sama lain. Saya juga dapat berkerjasama dengan mereka dalam menjalankan tugas bersama-sama tidak kira dalam apa pun kerja. Selain itu, saya juga dapat belajar banyak perkara terutamanya mengenai kepimpinan,tanggungjawab dan berkerjasama. Saya juga dapat mengenali peserta-peserta yang tidak putus memberikan kerjasama yang baik semasa program dijalankan. Saya juga berasa gembira kerana peserta-peserta berasa selesa ketika mengikuti program ini dan saya berasa terharu kerana peserta-peserta meminta untuk mengadakan kem ini lagi pada masa akan datang. Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana program ini berjaya menambat hati para peserta dan guru-guru di sekolah itu.

3. Harapan

Najwa - Saya berharap agar para peserta dapat memperoleh objektif yang cuba kami sampaikan dalam kem 'Run to The Hero' ini dan semoga kami pelajar Jabatan Syariah dan Pengurusan ini dapat terus membina ukhwah yang mantap. Akhirnya, semoga kem ini dapat penilaian yang sempurna buat pensyarah kami juga yang paling penting mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Amin - Saya berharap agar peserta khususnya mendapat objektif yang kami sampaikan sepanjang program tiga hari dan dua malam itu. Saya juga berharap program ini akan memberi impak yang baik kepada seluruh ahli jabatan serta pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Akhir sekali, saya berharap agar seluruh pihak sama ada pelajar, guru, rakan ahli dan pensyarah berpuas hati dengan kerja kami dan memberi keputusan yang baik iaitu memperolehi A+ dalam subjek ini.

Zahirah - Harapan saya ialah saya berharap agar semua peserta dapat memahami tujuan kem ‘Run to The Hero’ ini diadakan. Saya juga berharap agar mereka menjadikan kem ini sebagai panduan mereka pada masa akan datang. Setiap apa yang kami lakukan dalam kem ini mereka dapat ambil yang baik sebagai panduan pada masa hadapan dan mana-mana yang kurang baik boleh dijadikan sebagai pengajaran. Saya juga berharap agar ukhwah yang kami bina ini bukan sahaja kekal sampai habis kem tetapi kekal untuk selama-lamanya. Akhir sekali, saya berharap pensyarah berpuas hati dengan kem yang kami jalankan ini.

Sekian, terima kasih.

Nur Najwa binti Rustam
IIE170022 

Ahmad Aminuddin bin Abd Manaf
IIE170004

Zahirah Binti Azman
IIE170025

Unit Dana dan Tajaan JMJSP 2017/2018

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN

UNIT PROGRAM & PROTOKOL