Posts

Showing posts from May, 2018

MAJLIS TERTINGGI JALINAN MASYARAKAT JSP

Image
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. . . Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap permulaan ada pengakhirannya. Alhamdulillah berakhir sudah aktiviti lapangan Jalinan Masyarakat yang dinamakan sebagai Run To The Hero. Alhamdulillah juga semuanya berjaya meraih gelaran Hero kerana semuanya berjaya menamatkan kem kepimpinan dan pengurusan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dengan jayanya. alhamdulillah thumma alhamdulillah. kami mahasiswa Jabatan Syariah Pengurusan (JSP 17/18) telah bersepakat dan memilih Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) sebagai lokasi kami untuk menjalani program ini. In shaa allah pada entri kali ini, suka untuk kami menceritakan apa yang berlaku dalam mt jalinan msyarakat ini. Orang cakap tak kenal maka tak cinta. oleh itu, inilah barisan mt kami yang berhempas pulas untuk menjayakan program ini.  Pengarah JM kami ialah Ahmad Hambali, manakala timbalan pengarah ialah Zainab Ishak. Seterusnya s...

UNIT MULTIMEDIA

Image
UNIT MULTIMEDIA Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.       Alhamdulillah, lebih kurang 2 minggu telah tamatnya Program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Syariah & Pengurusan pada sesi 2017/2018 yang diberi nama "RUN TO THE HERO". Program tersebut telh tamat dengan jayanya. Bagi tugasan akhir ini, Kami akan menceritakan sedikit gerak kerja yang telah lakukan, refleksi dan pengalaman sepanjang program dan juga harapan daripada program ini. Unit Multimedia terdiri daripada 2 orang yang diketuai oleh Ezzat Ezzuddin Bin Abdul Jalil (IIE170008), dan Nor Aisyah Binti Mokhtar (IIE170019). 1. Gerak Kerja      Kami akan menceriakan skop tugasan unit kami merangkumi sebelum, semasa dan juga selepas program. Sebelum program berlangsung dia SAMTTAJ kami perlu melakar banner dan berurusan dengan pihak kedai untuk membuat banner yang bersaiz 16x4 kaki. Selain itu,  kami mengambil gambar dan menyunting gambar setiap unit untuk dijadikan tag nama fasilit...

UNIT MAKANAN & HADIAH

Image
UNIT MAKANAN & HADIAH Assalamualaikum dan salam muhibah.☺ Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah selesai dengan jayanya  Program Run To The Hero yang telah dilaksanakan oleh pelajar tahun satu Jabatan Syariah dan Pengurusan sesi 2017/2018 yang bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah ,Shah Alam. Pada ruangan kali ini kami daripada unit makanan dan hadiah yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Muhamad Rizal Bin Mohd Shafie ( IIE170010 ), Al-Qayyum Bin Annuarulhaque ( IIE170006 ) dan Nur Amila Binti Amdan ( IIE170021 ) akan menceritakan serba sedikit gerak kerja yang telah dilakukan  sebelum dan semasa program berlansung serta akan berkongsi pengalaman dan harapan di dalam program ini. 1. Gerak Kerja Kami daripada unit makanan dan hadiah telah ditugaskan untuk menyediakan makanan kepada para peserta dan fasilitator. Selain itu kami  juga dikehendaki untuk menyediakan sebanyak 10 hamper beserta cenderamata unt...

UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN

Image
UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN Assalamualaikum dan salam sejahtera.                         Alhamdulillah, akhirnya kami telah berjaya menjalankan Program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP) pada sem 2 sesi 2017/2018 yang bertemakan  "RUN TO THE HERO"  dengan jayanya. Disini kami menyediakan sedikit gerak kerja yang telah kami lakukan, refleksi dan pengalaman sepanjang program dan juga harapan daripada program ini. Unit logistik ini terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Azimah Binti Hassan (IIE 170007) sebagai ketua unit, Nor Syuhada Binti Mohamad Roffi (IIE170020), Muhammad Akram Bin Mohd Jafri (IIE170011) dan Muhammad Muhajirin Bin Zulbahri (IIE 170016) . 1.  Gerak Kerja            Skop tugasan untuk unit logistik adalah merangkumi  sebelum  dan selepas program. Antara tugas yang telah kami lakukan ialah menyedia...

UNIT PROGRAM & PROTOKOL

Image
UNIT PROGRAM & PROTOKOL Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah pada 27 hingga 29 April 2018 kami dari Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Univeriti Malaya telah berjaya melaksanakan Program Run To The Hero yang bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinngi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ),Shah Alam. Kami yang terdiri daripada empat orang semuanya iaitu Muhammad Asyraf, Afiqah Nabilah, Adibah dan Sarah telah diberikan tugas untuk berada dalam unit program dan protokol bagi memikirkan gerak kerja dan perjalanan program sepanjang program run to the hero dijalankan bagi memastikan setiap modul dan program memberi impak atau kesan yang positif kepada para pelajar SAMTTAJ. Pada blog ini kami akan menceritakan gerak kerja sebelum dan semasa program dalam unit program dan protokol. 1. Gerak Kerja Sebelum Program: Kami sebagai unit program dan pengisian ditugaskan untuk menyediakan tentatif program dan modul pengisian. Kami haruslah menyediakan program untuk sela...

UNIT KEBAJIKAN & KESELAMATAN

Image
UNIT KEBAJIKAN & KESELAMATAN Assalamualaikum dan salam sejahtera.              Alhamdulillah, akhirnya kami telahpn berjaya jalankan Program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP) pada sem 2 sesi 2017/2018 yang bertemakan "RUN TO THE HERO" dengan jayanya. Bagi tugasan akhir ini, kami menyediakan sedikit gerak kerja yang telah kami lakukan, refleksi dan pengalaman sepanjang program dan juga harapan daripada program ini. Unit kebajikan ini terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Abdul Syukur Bin Rosli (IIE170001), Abu Hasan Bin Ismail (IIE170002) dan Nurul Asymar Binti Abdul Rahman (IIE170023). 1. Gerak Kerja            Skop tugasan untuk unit kebajikan adalah merangkumi sebelum proram iaitu menyediakan first aid dan mendapatkan nombor telefon warden yang bertugas sepanjang program . Manakala, semasa program pula adalah menguruskan kebajikan fasilitator dan peserta dan juga mendapa...

UNIT TAJAAN & DANA

Image
  UNIT TAJAAN & DANA Assalamualaikum w.b.t buat semua :) 1. Gerak Kerja Jalinan Masyarakat yang kami jalankan pastinya memerlukan dana agar ianya dapat berjalan lancar dan memenuhi keperluan program seperti peralatan ‘explorace’, hadiah, kos pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu, kami telah merancang pelbagai strategi dalam misi mengumpul dana. Terdapat pelbagai gerak kerja yang telah kami lakukan sebelum pelaksanaan program.            Antara aktiviti yang telah dilakukan sebelum program ialah kami menjual roti sosej dengan harga RM1 bagi setiap satu pembelian. Pelajar perempuan yang membuat roti sosej manakala segala bahan yang diperlukan untuk membuat roti sosej dilakukan oleh Amin sambil dibantu oleh pelajar lelaki lain. Antara barang yang dibeli adalah plastik, sos cili dan mayonis. Modal yang diperoleh untuk membeli barang dikutip melalui pembayaran RM30 setiap ahli jabatan kami. Antara bahan utama untuk membuat ...

Di sebalik 'Run to The Hero'

'Run to The Hero'. Itulah nama kem yang telah kami jalankan melalui program Jalinan Masyarakat 2017/2018. Disini kami akan menceritakan sedikit sebanyak info mengenai Kem ' Run to The Hero ' ini. OBJEKTIF 1.      Melatih mahasiswa berkomunikasi dan merancang program-program yang bermanfaat untuk masyarakat luar. 2.      Mewujudkan kerjasama dalam organisasi bagi menjayakan program yang dirancang. 3.      Mendedahkan kepentingan kesepaduan aspek pengurusan, kerohanian, sahsiah, akhlak dan kepimpinan dalam diri setiap pelajar. 4.      Mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar dalam membentuk peribadi muslim dan muslimah yang seimbang dari rohani dan jasmani. 5.         Membina jati diri dan kerjasama berpasukan melalui aktiviti yang dijalankan. TEMA Pelajar Inovatif mengejar Inspirasi Di sebalik nama.. Sebelum berlangsu...