UNIT MAKANAN & HADIAH


UNIT MAKANAN & HADIAH






Assalamualaikum dan salam muhibah.☺

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah selesai dengan jayanya Program Run To The Hero yang telah dilaksanakan oleh pelajar tahun satu Jabatan Syariah dan Pengurusan sesi 2017/2018 yang bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah ,Shah Alam. Pada ruangan kali ini kami daripada unit makanan dan hadiah yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Muhamad Rizal Bin Mohd Shafie ( IIE170010 ), Al-Qayyum Bin Annuarulhaque ( IIE170006 ) dan Nur Amila Binti Amdan ( IIE170021 ) akan menceritakan serba sedikit gerak kerja yang telah dilakukan  sebelum dan semasa program berlansung serta akan berkongsi pengalaman dan harapan di dalam program ini.

1. Gerak Kerja


Kami daripada unit makanan dan hadiah telah ditugaskan untuk menyediakan makanan kepada para peserta dan fasilitator. Selain itu kami  juga dikehendaki untuk menyediakan sebanyak 10 hamper beserta cenderamata untuk diberikan kepada para peserta dan juga pihak sekolah. Alhamdulillah dengan bantuan majlis tertinggi,kami dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi makanan para peserta  apabila makanan sepanjang program berlansung hanya perlu dibayar oleh para fasilitator sahaja kerana semua peserta adalah merupakan pelajar yang tinggal di asrama. Kami telah bersetuju untuk mengambil perkhidmatan dewan makan asrama untuk menyediakan makanan selama 3 hari 2 malam di sana dengan bayaran yang berpatutan.

Bagi pembelian barangan hamper dan cenderamata kami dibantu beberapa unit yang lain  membeli barangan hamper  di sebuah pasaraya Eco Shop kerana di sini kami dapat membeli barang-barang yang diperlukan dengan harga yang sangat berpatutan mengikut belanjawan yang telah diperuntukkan kepada unit ini . Manakala bagi hadiah cenderamata untuk pihak sekolah pula  kami menempahnya di sebuah kedai cenderamata yang terletak berhampiran dengan Universiti Malaya.



Eco shop di wangsa maju

Seterusnya, sehari sebelum program berlansung kami telah mendapat sedikit peruntukan tambahan daripada majlis tertinggi untuk menambah jumlah barangan yang terdapat di dalam beg hamper disebabkan oleh pertambahan ahli di dalam setiap kumpulan.Proses pembelian barangan tambahan berjalan dengan lancar pada pagi tersebut dengan dibantu oleh unit-unit yang lain.

Akhir kalam alhamdulillah pada 29 april 2018 program jalinan masyarakat yang bertemakan Run To The Hero dengan jayanya melabuhkan tirai pada jam 1.00 petang. Sebelum majlis penutup diadakan, acara penyampaian hadiah telah diberikan  kepada setiap kumpulan mengikut kategori . Setiap kumpulan menerima sebuah beg hamper sebagai hadiah bagi setiap permainan yang telah mereka ikuti sepanjang program ini. Tidak lupa juga cenderamata kami berikan sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah kerana mengizinkan kami untuk menjalankan program jalinan masyarakat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah.(SAMTTAJ).


cenderamata kepada pihak sekolah
hadiah kepada setiap kumpulan


2. Refleksi dan Pengalaman

QAYYUM - Alhamdulillah, sepanjang program ini saya mendapat input yang sangat baik antaranya bagaimana kami dapat menjalankan sebuah program sebagai suatu organisasi. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi sepanjang proses pelaksanaan program ini tetapi akhirnya semuanya berjalan dengan lancar. Melalui program ini, saya dapat mengasah lagi bakat kepimpinan saya secara langsung ataupun tidak langsung. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang saya lalui, saya dapati bahawa peserta-peserta program ' Run To The Hero ' ini memberikan kerjasama dan penglibatan yang aktif sepanjang program ini berlangsung. Mereka kelihatan gembira dan amat mudah didekati sepanjang program ini dijalankan. Akhir sekali, saya rasa berpuas hati dan terharu dapat laksanakan program ini di sekolah ini dan juga sambutan dari peserta-peserta amatlah memberangsangkan.

RIZAL -Melalui program ini saya  dapat berkerjasama dengan rakan sekelas dalam menjalankan tugas bersama-sama tidak kira dalam apa pun kerja. Selain itu, saya juga dapat belajar banyak perkara terutamanya mengenai kepimpinan,tanggungjawab dan berkerjasama. Saya juga dapat mengenali peserta-peserta yang tidak putus memberikan kerjasama yang baik semasa program dijalankan. Saya juga berasa gembira kerana peserta-peserta berasa selesa ketika mengikuti program ini dan saya berasa terharu kerana peserta-peserta meminta untuk mengadakan kem ini lagi pada masa akan datang. Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana program ini berjaya menambat hati para peserta dan guru-guru di sekolah itu.

AMILA - Melalui program yang bertemakan Run To The Hero ini saya dapat mempelajari banyak perkara baru yang menyeronokkan di samping dapat menimba ilmu  bersama-sama rakan seperjuangan dalam menjalankan program ini.Pengalaman mengendalikan program ini mengajar saya untuk tampil lebih berani dan lebih mesra dengan masyarakat di luar sana. Selain itu program ini mengeratkan hubungan kami sekelas yang akan sama-sama menghabiskan pengajian di Universiti Malaya ini.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan kerana bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dari mula sehinggalah ke akhirnya.Walaupun sibuk dengan tugasan yang lain tetapi komitmen yang diberikan amatlah saya hargai.


3. Harapan

QAYYUM - Harapan saya untuk program ini ialah supaya para peserta dapat belajar sesuatu yang baharu terutama dalam aspek pengurusan masa. Saya juga berharap ukhwah yang tercipta antara para peserta dan kami sebagai fasilitator ini terus berkekalan dan harapnya program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Akhir sekali, semoga dengan terlaksananya program ini ikatan persaudaraan antara kami rakan sekelas semakin rapat dan terus kekal InshaAllah.

RIZAL - Hasil daripada program ini, saya berharap para peserta dapat manfaatkan ilmu yang disampaikan oleh para fasilitator. Seterusnya, saya juga berharap ukhwah yang terbentuk ini akan terus kekal dalam mengharungi 4 tahun pengajian di UM. Akhir sekali, saya berharap, fasilitator sendiri mengambil peluang ini sebagai pengalaman menguruskan program dengan pihak luar agar di lain hari lebih mudah untuk menguruskan program lain.

AMILA - Saya berharap agar para pelajar yang menyertai program ini dapat mengambil input-input yang berguna disamping dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan oleh para fasilitator kepada mereka sepanjang program ini berlansung.Semoga pelajar SAMTTAJ terus unggul dan maju pada masa yang akan datang. Akhir sekali semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara  rakan sekelas ini terus  terjalin dengan baiknya sepanjang pengajian ini.


Sekian,

Muhamad Rizal Bin Mohd Shafie
 IIE170010

Al-Qayyum Bin Annuarulhaque
IIE170006

 Nur Amila Binti Amdan
 IIE170021


Unit Makanan Dan Hadiah JMJSP 2017/2018.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Comments

Popular posts from this blog

UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN

UNIT PROGRAM & PROTOKOL

UNIT TAJAAN & DANA