LAST DAY KEM RUN TO THE HERO

Ahad, 29 April 2018

Hari ini merupakan hari terakhir bagi program Run To The Hero dan pelbagai perasaan yang kami rasai pada hari ini. Ada rasa sedih, gembira, seronok, penat dan perasaan ini bercambur-baur sehinggakan tidak tahu bagaimana mahu ungkapkan dengan perkataan dan zahirkan dengan kalimah. Mungkin ada yang rasa sedih kerana tidak dapat lagi berjumpa dengan adik - adik SAMTTAJ yang bersemangat dan riang ini, dan ada juga yang rasa gembira kerana dapat pulang semula ke UM untuk menyelesaikan tugasan yang tertangguh sebelum ini.

Kami memulakan program kami pada hari ini seperti biasa dengan menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah di Dewan Utama bersebalahan dengan asrama lelaki. Sejurus selepas kuliah subuh yang telah disampaikan oleh saudara Maizan, para pelajar telah berkumpul semula untuk sesi riadah pagi untuk kali terakhir di dewan utama. Para pelajar kelihatan sangat bersemangat dan seronok apabila lagu tema dilayarkan di skrin utama dewan. Mereka telah membuat pergerakan lagu Gelombang Keadilan dengan cukup baik dan memuaskan hati serta suara yang cukup lantang. Kemudian, bagi sesi senamrobik pula, saudara Qayyum telah mengetuai di atas pentas bagi pergerakan Tarian Penguin bersama - sama fasilatator yang lain dan seterusnya lagu Baby shark Dudu dan Gummy Bear. Tepat jam 7.45 pagi, kami semua telah melepaskan para pelajar untuk mereka bersarapan di dewan makan.



Program ini diteruskan dengan LDK 3 pada jam 8.30 pagi dan aktviti ini dinamakan Mini Games. LDK 3 ini kami hanya melakukan 3 buah permainan yang menguji kecekapan dan kerjasama kumpulan dalam kalangan para pelajar. Permainan pertama ialah Listen To The Leader di mana setiap pelajar akan diberi sepotong tali dan sebatang pen sahaja bagi setiap kumpulan. Mereka perlu mengikat tali mereka kesemuanya pada sebatang pen tersebut dan perlu memasukkannya ke dalam botol tanpa memegang secara terus pada pen tersebut. Mereka perlu mendengar arahan ketua kumpulan masing - masing tentang strategi bagaimana dengan pergerakan mereka.



Permainan kedua pula Bang Bang. Permainan memerlukan setiap kumpulan berdiri dan membentuk bulatan besar. Fasilatator bagi setiap kumpulan akan memulakan permainan ini dengan menembak salah satu ahli kumpulannya dan menyebut Bang! Jika ahli kumpulan tersebut tidak berjaya mengelakkan diri, individu tersebut gagl dan perlu masuk ke dalam bulatan dan berdiri di tengah - tengah. 




Permainan yang terakhir ialah permainan Buaya Biawak. Diketahui umum tentang permainan ini di mana mereka semua perlu menunjukkan arah kanan atau kiri ke sebelah ahli kumpulan mereka. Kanan ialah buaya dan kiri ialah biawak. Permainan ini sangat menarik kerana mereka semua perlu menyebut buaya biawak dengan sangat laju sehinggakan kebanyakkan daripada mereka pasti akan tersasul dengan menyebut perkataan - perkataan yang pelik dan kelakar didengari seperti baiwak, buawak, biaya dan lain - lain.



LDK 2 telah tamat tepat jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan sesi SLOT 4 iaitu Bicara Santai : Sharing Moments. Slot ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh saudara Ezzat Ezzuddin, saudari Azimah Hassan dan saudari Zainab Ishak. Slot ini bertujuan untuk berkongsikan tentang tips - tips kejayaan dalam akademik, pengurusan masa yang baik serta penjagaan adab dan akhlak dalam kehidupan seharian. Para pelajar kelihatan sangat tertarik dengan pengisian - pengisian yang disampaikan oleh mereka bertiga memandangkan banyak sangat cerita pengalaman yang menarik yang dikongsikan. Kami juga tidak sangka dengan respons yang sangat memberansangkan oleh para pelajar apabila tiba sesi soal jawab. Majoriti daripada mereka yang mengangkat tangan dan sangat berharap agar dapat tujukan soalan kepada ketiga - tiga panel di atas pentas. Slot terakhir ini telah berjaya ditamatkan pada jam 10.45 pagi.




Sejurus sahaja slot 4 berakhir, para pelajar telah diminta untuk mengemas dewan dan menyusun kerusi bagi sesi majlis penutupan yang dijangkan bermula pada jam 11.30 pagi. Kami semua telah membuat persiapan bagi sesi majlis penutupan dan Dr Fadillah Bt Mansor juga telah hadir pada jam 10.45 pagi. Sebelum majlis perasmian penutupan bermula, para pelajar telah menyanyi dan membuat pergerakan kali terakhir bagi lagu Gelombang Keadilan. 

Majlis perasmian penutupan telah bermula tepat jam 11.45 pagi dan juruacara ialah saudari Syuhadda Roffi. Majlis telah bermula dengan bacaan doa, ucapan pengarah, ucapan Dr Fadillah Bt Mansor, perasmian oleh wakil guru SAMTTAJ, penyampaian hadiah dan diakhiri dengan tayangan multimedia. Majlis penutupan telah berjaya berakhir pada jam 12.20 tengahari dan tanda selesai sudah program Run To The Hero pada hari ini.


 



Sebelum kami semua bersurai, para pelajar dan fasilatator telah bergambar beramai - ramai dan seterusnya diikuti dengan gambar kumpulan masing - masing. Para pelajar juga telah mebuat kejutan kepada kami dengan membuat satu sorakan semangat mereka dan kami fasilatator sangat terharu dan bangga dengan semangar pelajar - pelajar SAMTTAJ ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang meminta tanda tangan dan sedikit nasihat oleh kami semua. Para fasilatator juga tidak terlepas untuk berswafoto dengan pelajar - pelajar SAMTTAJ sebagai kenang - kenangan.

Kumpulan 1 (Uwais)
Fasi yang memegang kumpulan 1, saudara Asyraf dan saudari Farah


Kumpulan 2 (Ali)
Fasi yang memegang kumpulan 2, saudara Faizal dan saudari Amila


Kumpulan 3
Fasi yang memegang kumpulan 3, saudara Hasan dan saudari Adibah



Kumpulan 4 (Uthman)
Fasi yang memegang kumpulan 4, saudara Rizal, saudari Zahirah dan Saudari Asymar



Kumpulan 5 (Bilal)
Fasi yang memegang kumpulan 5, saudara Amin, saudara Ezzat dan saudari Afiqah



Kumpulan 6 (Khalid)
Fasi yang memegang kumpulan 6, saudara Akram dan saudari Zainab


Kumpulan 7 (Zubair)
Fasi yang memegang kumpulan 7, saudara Qayyum, saudari Sarah dan saudari Aisyah


Kumpulan 8 (Hamzah)
Fasi yang memegang kumpulan 8, saudara Muhajirin, saudara Maizan dan saudari Syuhada



Kumpulan 9
Fasi yang memegang kumpulan 9, saudara Syukur dan saudari Azimah


Kumpulan 10 (Tariq)
Fasi yang memegang kumpulan 10, saudara Hambali dan saudari Najwa



Gambar bersama semua peserta kem Run To The Hero




Kami semua telah bergerak pulang ke UM semula pada jam 2.00 petang mengikut kenderaan masing - masing dan semua telah selamat sampai ke destinasi masing - masing juga. Alhamdulillah ala kulli hal. Kami semua sangat bersyukur untuk pelaksanaan program jalinan masyarakat ini yang berjalan dengan lancar dan baik selama 3 hari di SAMTTAJ. Maka, berakhirlah sudah program Jalinan Masyarakat oleh pelajar Tahun 1, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

EZZAT EZZUDDIN BIN ABDUL JALIL
IIE170008

Comments

Popular posts from this blog

UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN

UNIT PROGRAM & PROTOKOL

UNIT TAJAAN & DANA