UNIT KEBAJIKAN & KESELAMATAN
UNIT KEBAJIKAN & KESELAMATAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya kami telahpn berjaya jalankan Program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP) pada sem 2 sesi 2017/2018 yang bertemakan "RUN TO THE HERO" dengan jayanya. Bagi tugasan akhir ini, kami menyediakan sedikit gerak kerja yang telah kami lakukan, refleksi dan pengalaman sepanjang program dan juga harapan daripada program ini. Unit kebajikan ini terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Abdul Syukur Bin Rosli (IIE170001), Abu Hasan Bin Ismail (IIE170002) dan Nurul Asymar Binti Abdul Rahman (IIE170023).
1. Gerak Kerja
Skop tugasan untuk unit kebajikan adalah merangkumi sebelum proram iaitu menyediakan first aid dan mendapatkan nombor telefon warden yang bertugas sepanjang program. Manakala, semasa program pula adalah menguruskan kebajikan fasilitator dan peserta dan juga mendapatkan maklumat tentang kesihatan peserta semasa program. Semua tugasan ini dapat dijalankan dengan baik hasil bantuan dari semua pihak termasuk dari unit lain.
Untuk penyediaan first aid, kami memperolehinya daripada salah satu daripada projek kolej kediaman kedua belas. Pihak yang memberikan first aid ini memberi pinjam first aid ini tanpa dikenakan bayaran. Jadi, kami tidak perlu mengeluarkan dana untuk membeli first aid mahupun menyewa daripada mana-mana badan persatuan lain dan kami juga tidak perlu penyediakan borang hitam putih untuk mendapatkannya.

First aid yang unit kebajikan dan keselamatan sediakan semasa program.
Walaubagaimanapun, first aid yang disediakan ini hanya mempunyai alat-alat dan ubat-ubatan untuk luka luka ringan dan kecederaan luar sahaja. Ia tidak merangkumi ubat-ubatan untuk demam dan selsema. Kebanyakan peserta-peserta mengalami pening kepala, demam, dan panas badan. Pelajar tidak langsung mengalami sakit luaran seperti luka dan sebagainya. Jadi penambahbaikan selepas ini adalah untuk menyediakan ubat-ubatan untuk demam dan sebagainya.
Kami juga mendapatkan nombor telefon warden sebagai langkah berhati-hati untuk masalah-masalah yang kami tidak dapat tangani. Kami berjaya mendapatkan nombor warden bertugas pada pagi sebelum program dijalankan daripada ketua panitia tingkatan 1. Sepanjang program dijalankan, hanya sekali unit kebajikan menelefon warden yang bertugas. Hal ini disebabkan oleh salah seorang daripada peserta mengalami masalah sakit dada yang betul-betul kami tidak dapat tangani.

Seterusnya, dalam menjaga kesihatan para peserta mahupun fasilitator, kami mengingatkan para peserta agar menjaga keselamatan diri pada setiap aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kami tidak lupa juga untuk bertanyakan pada peserta jika ada mengalami sakit atau sebagainya sebelum memasuki mana-mana slot program seterusnya. Oleh itu, bagi unit kebajikan, kami berjaya melaksanakan tugas dengan baik semasa program.
Akhir Sekali, setelah berakhirnya program tersebut kami bertindak memastikan penginapan yang disediakan kepada kami bersih dan kemas seperti sedia kala. Kami membersihkan penginapan yang diduduki selama 3 hari 2 malam itu dengan kerjasama semua unit lain juga dan sebelum meninggalkan penginapan kami memastikan tiada barang yang tertinggal sebelum bergerak pulang ke Universiti Malaya.
2. Refleksi & Pengalaman

SYUKUR - Berdasarkan program yang telah dijalankan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara yang mana dapat mengasah lagi soft skill saya seperti menguruskan salah satu slot program, bersedia dan menguruskan jika terdapat peserta yang mengalami masalah kesihatan, dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang ada. Selain itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan yang lebih rapat dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang mana akan bersama selama 8 semester pengajian di Universiti Malaya. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan berterima kasih kepada semua fasilitator yang telah bertungkus lumus menjayakan program jalinan masyarakat ini dengan saling menolong walaupun berlainan unit. Oleh sebab itu, program "RUN TO THE HERO'' dapat dijalankan dengan jayanya.
ASYMAR - Melalui program Run To The Hero yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini saya mempelajari pelbagai pengalaman yang baru antaranya, saya dapat mengenali rakan-rakan sekelas dengan lebih rapat ketika menjalankan program ini bersama-sama mereka. Rakan-rakan yang banyak membantu dalam menjayakan program yang sehingga mendapat maklum balas yang positif daripada para pelajar. Seterusnya, saya dapat meningkatkan keyakinan saya apabila berhadapan dengan ramai pelajar di sekolah tersebut. Selain itu,saya dapat menimba ilmu yang baru setelah menjalankan program yang dilakukan atas usaha sendiri.
ABU HASAN - Program Run To The Hero yang menjadi tema jalinan masyarakat bagi jabatan syariah pengurusan ini banyak memberi impak positif terhadap diri saya. Di antaranya ialah saya dapat meningkatkan tahap keberanian untuk bercakap di hadapan orang ramai di mana ilmu ini sangat penting untuk membina keyakinan diri individu. Tidak dilupakan juga terhadap semua pihak yang menyokong baik rakan rakan , para pensyarah serta para peserta . Tanpa mereka siapalah saya!!!
3. Harapan
SYUKUR - Hasil daripada program ini, saya berharap para peserta dapat manfaatkan ilmu yang disampaikan oleh para fasilitator yang bertemakan "RUN TO THE HERO" ini. Seterusnya, saya juga berharap ukhwah yang terbentuk ini akan terus kekal dalam mengharungi 4 tahun pengajian di UM. Akhir sekali, saya berharap, fasilitator sendiri mengambil peluang ini sebagai pengalaman menguruskan program dengan pihak luar agar di lain hari lebih mudah untuk menguruskan program lain.
ASYMAR - Saya berharap ukhwah yang terjalin dalam program ini terus mantap dan bertambah erat sehingga hari hari mendatang. Selain itu ,berharap para pelajar dapat mengambil ilmu yang telah disampaikan dan menjadikan ia sebagai satu teladan. Akhir sekali, semoga apa yang disampaikan dalam Program Run To The Hero ini dapat diambil sebagai ilmu dan pengalaman baru kepada setiap peserta dan fasilitator .
ABU HASAN - Harapan saya terhadap para peserta yang telah menyertai program ini adalah supaya mereka lebih bermotivasi dan bersemangat dalam mengharungi hari hari yang mendatang kerana hidup ini tidak mudah serta mereka dapat menguruskan diri mereka dengan baik . Harapan saya juga adalah agar hubungan yang terbina antara para peserta termasuk para fasilitator kekal sehingga ke akhir hayat dan tidak sekadar terhenti pada hari terakhir program itu .
Sekian.
Abdul Syukur Bin Rosli
IIE1700001
Abu Hasan Bin Ismail
IIE170002
Nurul Asymar Binti Abdul Rahman
IIE170023
Unit Kebajikan Dan Keselamatan JMJSP 2017/2018

Comments
Post a Comment