MAJLIS TERTINGGI JALINAN MASYARAKAT JSP
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. . .
Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap permulaan ada pengakhirannya. Alhamdulillah berakhir sudah aktiviti lapangan Jalinan Masyarakat yang dinamakan sebagai Run To The Hero. Alhamdulillah juga semuanya berjaya meraih gelaran Hero kerana semuanya berjaya menamatkan kem kepimpinan dan pengurusan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dengan jayanya. alhamdulillah thumma alhamdulillah. kami mahasiswa Jabatan Syariah Pengurusan (JSP 17/18) telah bersepakat dan memilih Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) sebagai lokasi kami untuk menjalani program ini.
In shaa allah pada entri kali ini, suka untuk kami menceritakan apa yang berlaku dalam mt jalinan msyarakat ini. Orang cakap tak kenal maka tak cinta. oleh itu, inilah barisan mt kami yang berhempas pulas untuk menjayakan program ini.
Pengarah JM kami ialah Ahmad Hambali, manakala timbalan pengarah ialah Zainab Ishak. Seterusnya setiausaha terhormat kami Farah Liyana. Dibantu oleh Timbalan Setiausaha iaitu Muhammad Maizan dan yang terakhir sekali Bendahari yang sentiasa amanah dalam menjalani tugas iaitu Muhammad Faizal.
REFLEKSI
1) HAMBALI
Hasil daripada kem Run To The Hero yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di SAMTAJ, saya telah menimba pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang program ini dijalankan. Sebagai ketua program, saya bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Saya juga belajar bagaimana untuk bermuamalah dan bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas sewaktu mengendalikan program ini yang jumlah pesertanya lebih kurang 150 orang.Selain itu, pengalaman yang menarik bagi saya ketika program berlangsung adalah ketika malam kebudayaan. Pada malam tersebut, setiap kumpulan perlu mempersembahkan persembahan kumpulan mengikut tugasan yang telah ditetapkan. Di sana, banyak bakat-bakat yang terpendam telah dapat ditonjolkan seperti nasyid,kalam jamie dan sebagainya.Hal ini secara tidak langsung mengasah sifat kerjasama dalam kumpulan dan kepimpinan dalam diri para peserta dan bertepatan dengan tema yang kami bawa dalam program ini iaitu bertemakan pengurusan dan kepimpinan. Aktiviti-aktiviti yang telah disusun juga tidak kurang hebatnya kerana setiap aktiviti mempunyai ibrah yang akan disampaikan oleh setiap fasilitator kumpulan masing-masing di akhir setiap aktiviti yang dijalankan. Pengalaman lain adalah saya juga telah dipertanggungjawabkam untuk mengendalikan satu slot iaitu slot berkaitan kepimpinan.Pada slot ini, para peserta telah didedahkan kepada seorang tokoh islam yang terkenal dengan sifat kepimpinannya iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh dengan melihat video yang ditayangkan. Melalui video ini, para peserta perlu mengaitkan nilai murni yang mereka dapat dan bagaimana mereka boleh menerapkannya dalam konteks kehidupan di asrama.Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana diberikan peluang seperti ini dan terima kasih yang tidak terhingga pada rakan-rakan dan pensyarah kami yang bertungkus lumus membuat segala persiapan demi mencapai matlamat program ini seperti yang telah dirancang.
2) ZAINAB
melalui program Run To The Hero yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, banyak benda yang saya pelajari. Antaranya dapat merapatkan ukhwah sesama kawan kawan jsp, jika sebelum ini hanya kenal dalam kelas, tapi melalui program yang dijalankan, masing-masing saling membantu antara satu sama lain dalam menyumbang idea, bekerjasama menyiapkan sesuatu urusan demi kelancaran program ini. Selain itu, saya juga memperoleh pengalaman yang cukup berharga sepanjang kem berlangsung. Antaranya berpeluang mengendalikan pelajar SAMTTAJ yang tidak kurang hebatnya dari semua aspek, bernasyid, sketsa, lakonan dan banyak lagi disamping keberanian yang ditunjukkan oleh para pelajar. Mereka tidak pernah berasa takut untuk tampil ke hadapan apabila dipanggil untuk memberikan ibrah atau pendapat sendiri. Saya terlalu kagum dengan mereka. Seterusnya, saya juga diberikan peluang untuk mengendalikan ldk bersama pelajar. Past, Present and Future, meminta pelajar untuk membuat graf kehidupan bermula dari lahir hingga ke masa depan yang diimpikan oleh mereka. Graf tersebut dibahagikan dua (atas dan bawah). Atas adalah kisah sedih mereka dan bawah kisah manis mereka. Sepanjang ldk ini, saya perhatikan para pelajar terlalu teruja untuk berkongsi kisah pahit manis mereka berdasarkan keluk-keluk pada graf masing-masing. akhir kata, terima kasih kepada semua terlibat, tanpa korang picanglah program ini. Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada silap sepanjang program ini.
3) FARAH LIYANA
Hasil dapatan yang dapat saya simpulkan adalah program Jalinan Masyarakat ini adalah antara peluang bagi pelajar-pelajar untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang pengurusan terutamanya. Jadi sangatlah bersesuaian untuk para pelajar tahun satu JSP menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi melatih kami dalam bidang pengurusan. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan kami sesama pelajar tahun satu dan lebih mengenali antara satu sama lain. Saya sebagai setiausaha bagi program ini sejujurnya ini adalah kali pertama saya memegang jawatan setiausaha dengan tugas setiausaha yang sebenar. Mengendalikan surat-surat yang diperlukan untuk menjayakan lagi program ini sejujurnya bukanlah suatu tugas yang mudah bagi saya yang tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Seterusnya, aktiviti yang kami jalankan di Samttaj ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 yang menyertai program kami. Antara aktiviti yang dijalankan ini memberi mereka peluang untuk berkongsi kisah suka duka mereka, berkongsi pandangan dalam penyelesaian satu masalah dalam permainan yang diadakan dan menonjolkan diri mereka yang mempunyai bakat seperti dalam bidang nashid, sketsa, dan dikir barat. Walaupun pada awalnya terdapat segelintir mereka yang kelihatan agak tidak berminat dengan program kami ini, namun apabila tiba di akhir program ini, mereka menyatakan perasaan gembira mereka menyertai program sebegini sehingga ada di antara mereka yang meminta kami untuk membuat program sebegini lagi di sekolah mereka. Akhir sekali, banyak perasaan yang tidak dapat diungkap sepanjang menguruskan dan menjalankan program Jalinan Masyarakat ini dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami, rakan-rakan seperjuangan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksanaan program ini.
4) MAIZAN
Antara hasil program yang dapat saya ungkapkan sebagai refleksi kepada program ini adalah bagi pendapat saya program jalinan masyarakat di bawah pimpinan pelajar tahun pertama jabatan syariah dan pengurusan(JSP) antara salah satu program yang wajar dijalankan bagi merapatkan lagi ukhuwah antara mahasiswa dan juga masyarakat majmuk.Pada awal program ini saya merasai debaran untuk melakukan program ini,akan tetapi dengan bantuan sahabat-sahabat saya serta yang paling saya ingati adik-adik pelajar tingkatan 1 & 2,sekolah agama menengah tinggi tengku ampuan jemaah(SAMMTAJ)yang mana banyak memberi dorongan kepada saya dalam memastikan program run to the hero berjalan dengan lancar.Disamping itu juga,antara impak-impak positif yang menjadi buah fikiran kami pelajar tahun satu (JSP) menjalankn program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara pelajar-pelajar tersebut.Tidak dinafikan kadang-kadang perbezaan umur memainkan peranan penting dalam menanamkan sifat hormat-menghormati akan tetapi hanyalah sekadar yang mampu sahaja(wasatiyyah)..Alhamdulillah juga dengan berakhirnya program jalinan masyarakat ini ukhuwah antara adik-adik terjalin seperti yang dituntut oleh islam,malah tidak ketinggalan juga ukhuwah antara kami iaitu fasilitator kepada program run to the hero seramai 24 orang juga bertambah baik.Akhir kata,pelbagai norma positif dan negetif yang dapat dipupuk daripada program ini..semoga kita semua mengambil pengajaran dan memperbaikinya lagi di masa akan datang..in shaa Allah.
5) FAIZAL
Program Run to the Hero mengajar saya bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat dengan lebih berkesan khususnya pelajar sekolah menengah yang mengalami fasa kematangan dari segi mental terutamanya. Perkara yang sentiasa menarik perhatian saya ialah bagaimana cara yang paling kreatif dapat saya datangkan untuk menarik minat mereka dalam program kemasyarakatan yang sebenarnya membina nilai kemanusiaan dan modal insan dan semestinya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Seterusnya, berbalik kepada tugasan saya sebagai seorang bendahari yang merekod segala keluar masuk wang kegunaan program, penjagaan kredit debit, prosedur untuk merekod segala transaksi yang beralaku dalam organisasi, serta penelitian yang hampir dilakukan berkali-kali untuk setiap penerimaan wang daripada urusetia program, betul-betul memberi saya sebuah kejutan budaya yang tidak pernah dialami sebelum ini. Hal ini demikian kerana memandangkan latar belakang pendidikan saya yang mengambil jurusan sains sejak di bangku sekolah, memberi pengalaman kepada saya tentang perakaunan dengan lebih mendalam berdasarkan poengalaman. Situasi ini menjadi nilai tambah kendiri kepada saya kerana pengalaman yang ditimba dapat membentuk akreditasi yang mampan selaras dengan kursus ijazah sarjana muda yang saya ambil di universiti. Jelas sekali setiap ilmu yang diperoleh bukan sahaja datang daripada kuliah dan pembacaan literal semata-mata tetapi praktikal mampu memberikan sebuah ilmu yang juga tidak ternilai harganya, seterusnya mengangkat keberkesanan subjek Jalinan Masyarakat yang diwajibkan atas setiap pelajar universiti di Malaysia.

HARAPAN
1) HAMBALI - Saya berharap agar program kali ini menjadi sebagai pencetus dan batu loncatan buat kami pelajar tahun satu bagi mengendalikan program-program yang mendatang dan secara tidak langsung akan mengeratkan ukhwah dalam kalangan kami dan membentuk persefahaman.Saya juga berharap agar semua yang kami sampaikan pada para peserta daripada aspek kebersihan,kepimpinan,pengurusan masa dan sebagainya dapat dipraktikkan bukan sahaja kepada para peserta malah kepada kami juga para fasilitator untuk program kali ini.
2) ZAINAB - harapan saya semoga saya dan rakan-rakan seperjuangan terus tabah dan semangat dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar di medan ilmu disamping mengekalkan ukhwah yang terbina ini dan menyokong antara satu sama lain dalam menuntut ilmu sepanjang 4 tahun ini. Tidak lupa juga ukhwah yang terbina antara pelajar jsp dan pelajar-pelajar samttaj terus berkekalan hingga ke jannah. :P . Selain itu, harapan saya selepas kem ini, para pelajar samttaj dan para fasilitator menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kem ini ke arah kecemerlangan diri duniawi dan ukhrawi.
3) FARAH LIYANA - Saya berharap program JM yang kami jalankan ini dapat membentuk persefahaman antara kami pelajar tahun 1 serta dapat membina suatu pengalaman baru yang menjadi pendorong untuk kami terus berusaha meningkatkan prestasi dalam bidang pengurusan. Saya juga berharap agar program ini memberi suatu impak positif kepada pelajar-pelajar SAMTTAJ dalam mempraktikkan pengurusan masa yang baik serta mendorong mereka untuk terus berusaha hingga ke menara gading.
4) MAIZAN - Harapan-harapan yang dapat saya simpulkan disini,saya amat berharap semoga semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program jalinan masyarakat ini mampu menyematkan dalam hati terhadap nilai-nilai yang positif seperti ukhuwah,masa dan juga kekemasan(personal drill)...semoga semua yang terlibat mendapat kenangan yang indah dan sentiasa mencuba untuk lebih berjaya disamping keluarga tersayang dan juga terpenting redha Allah s.w.t..
5) FAIZAL - Saya berharap agar ikatan antara urusetia yang terjalin erat dikekalkan sehingga ke tahun akhir pengajian. Saya juga berdoa kepada Allah S.W.T. agar ilmu yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar di SAMTTAJ dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan supaya kami sentiasa mendapat saham akhirat atas apa yang kami kerjakan. Harapan terbesar saya adalah untuk lebih ikhlas dan menyumbang kepada masyarakat dengan lebih efektif kerana atas landasan apa lagi manusia diciptakan di atas muka bumi ini jika tidak untuk memakmurkan setiap apa yang ada di sini.
Sekian,
AHMAD HAMBALI BIN
ABDUL KADIR
IIE170005
ZAINAB BT ISHAK
IIE170026
FARAH LIYANA
BT MOHD ZOHDI
IIE170009
MUHAMMAD MAIZAN BIN MAT SHAARI
IIE170015
MUHAMMAD FAIZAL
BIN HAMIZAT
IIE170013
Comments
Post a Comment