Di sebalik 'Run to The Hero'


'Run to The Hero'. Itulah nama kem yang telah kami jalankan melalui program Jalinan Masyarakat 2017/2018. Disini kami akan menceritakan sedikit sebanyak info mengenai Kem 'Run to The Hero' ini.


OBJEKTIF


1.      Melatih mahasiswa berkomunikasi dan merancang program-program yang bermanfaat untuk masyarakat luar.
2.      Mewujudkan kerjasama dalam organisasi bagi menjayakan program yang dirancang.
3.      Mendedahkan kepentingan kesepaduan aspek pengurusan, kerohanian, sahsiah, akhlak dan kepimpinan dalam diri setiap pelajar.
4.      Mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar dalam membentuk peribadi muslim dan muslimah yang seimbang dari rohani dan jasmani.
5.         Membina jati diri dan kerjasama berpasukan melalui aktiviti yang dijalankan.



TEMA


Pelajar Inovatif mengejar Inspirasi

Di sebalik nama..
Sebelum berlangsungnya program jalinan masyarakat ini, kami tidak mempunyai satu nama yang spesifik bagi kem ini. Setelah berfikir sejenak, nama 'Run to The Hero' terlintas di fikiran. Nama ini juga inspirasi daripada kem-kem lain yang pernah kami dengar seperti kem 'From Zero to Hero'. Jadi dengan persetujuan penyelaras kami, nama 'Run to The Hero' diguna pakai untuk program Jalinan Masyarakat kali ini.

Mengapa Kami Memilih SAMT Tengku Ampuan Jemaah?
Pada awalnya kami telah menyenaraikan beberapa buah sekolah yang akan kami hampiri untuk mendapat keizinan bagi menjalankan program kami ini termasuklah SMA Wilayah Persekutuan. Tetapi dalam kebanyakan sekolah yang tersenarai, SAMTTAJ mempunyai peluang yang besar dan mudah untuk kami berhubung memandangkan salah seorang daripada kami merupakan alumni daripada sekolah ini.
Setelah bersua muka dengan wakil pentadbiran sekolah ini, kami diberi peluang untuk memiliki peserta daripada kalangan tingkatan 1 dan 2. Memandangkan tarikh yang kami pilih untuk mengadakan program ini (27 - 29 April 2018) bertembung dengan program sekolah iaitu Kem Kepimpinan melibatkan tingkatan 4 dan 5, kami tidak dapat peserta dari kalangan tingkatan 4 seperti yang telah kami rancang. Namun kami tetap bersyukur kerana mempunyai peserta dari kalangan tingkatan 1 dan 2. Ini kerana program kami adalah berbentuk dan bertemakan pengurusan, justeru pelajar tingkatan 1 dan 2 adalah pilihan yang terbaik untuk membetuk mereka sebelum menginjak lebih dewasa.
Ada sosial media tak?
Ada, kami ada akaun instagram. https://www.instagram.com/jmjsp2018/.
Boleh search jmjsp2018 di aka isntagram.

Comments

Popular posts from this blog

UNIT LOGISTIK & PENGANGKUTAN

UNIT PROGRAM & PROTOKOL

UNIT TAJAAN & DANA