UNIT MULTIMEDIA
UNIT MULTIMEDIA
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Alhamdulillah, lebih kurang 2 minggu telah tamatnya Program Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Syariah & Pengurusan pada sesi 2017/2018 yang diberi nama "RUN TO THE HERO". Program tersebut telh tamat dengan jayanya. Bagi tugasan akhir ini, Kami akan menceritakan sedikit gerak kerja yang telah lakukan, refleksi dan pengalaman sepanjang program dan juga harapan daripada program ini. Unit Multimedia terdiri daripada 2 orang yang diketuai oleh Ezzat Ezzuddin Bin Abdul Jalil (IIE170008), dan Nor Aisyah Binti Mokhtar (IIE170019).
1. Gerak Kerja
Kami akan menceriakan skop tugasan unit kami merangkumi sebelum, semasa dan juga selepas program. Sebelum program berlangsung dia SAMTTAJ kami perlu melakar banner dan berurusan dengan pihak kedai untuk membuat banner yang bersaiz 16x4 kaki. Selain itu, kami mengambil gambar dan menyunting gambar setiap unit untuk dijadikan tag nama fasilitator. Kami juga perlu menyediakan video dan slaid yang akan ditayangkan semasa program seperti slot AL-WAKTU KA AS-SAIF yang menayangkan video tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.
Gerak kerja semasa program salah satunya ialah kami perlu mengambil gambar sebagai bukti dan juga untuk membuat laporan. Bukan itu sahaja, kami juga mengambil gambar untuk ditayangkan kepada peserta semasa majlis penutup. Kami juga sentiasa memastikan bahagian P.A. sistem boleh digunakan dengan lancar tanpa ada gangguan teknikal. Selain itu, kami juga akan memastikan slaid dan video yang digunakan setiap slot ditayangkan.
Untuk gerak kerja selepas program pula, kami perlu mengemaskini blog jalinan masyarakat Jabatan Syariah & Pengurusan 17/18. Blog ini bertujuan untuk menceritakan pengalaman, gerak kerja dan juga perjalanan program yang kami telah lakukan selama 3 hari 2 malam ni SAMTTAJ. Tugasan terakhir kami sebagai unit multimedia ialah menyediakan laporan unit kami kepada setiausaha program ini.
2.REFLEKSI & PENGALAMAN
EZZAT - Jalinan Masyarakat ini telah mengajar saya erti kepimpinan dan pengurusan yang lagi baik. Say juga dapat mengenali cara pengurusan yang lebih sistematik melalui subjek ini. Pada masa yag sama, saya dapat mengasah kemahiran kepimpinan dan kemahiran bercakap saya dengan lebih baik. Yang paling seronok ialah saya dapat berinteraksi dengan pelajar - pelajar SAMTTAJ yang sangat sporting dan mudah berbicara. Pengalaman sepanjang program ini berlansung betul - betul memberi memori yang terbaik buat kami semua.
AISYAH - Subjek jalinan masyarakat yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa memberi impak yang sangat besar kepada saya kerana melalui program ini saya mempelajari banyak kemahiran. Antaranya kemahiran bercakap dikalayak ramai dan sebagai unit multimedia saya dapat memantapkan lagi kemahiran mengedit gambar. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa untuk mengdakan sebuah program bukanlah semuah yang disangka. ia memerlukan bnyak tenaga dan juga pengorbanan. Saya juga berterma kasih kepada ketua unit iaitu Ezzat kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga telah menjalankan tanggungjawb sebagai ketua dengan baik sekali.
3.HARAPAN
EZZAT - Saya berharap agar setiap pelajar SAMTTAJ mendapat input dan pengajaran yang terbaik sepanjang perjalanan program Run to the Hero. Saya sangat berharap mereka semua lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
AISYAH - Saya berharap agar peserta yang meyertai program kami ini dapat mengambil serba sedikit ilmu yang diberi oleh setiap fasilitator dan memperkukuhkan lagi ukhwah sesama para fasilitator. Harapan saya adalah kita dapat memperbaiki kelemahan yang dilakukan uutk program yang akan datang.
Sekian.
EZZAT EZZUDDIN BIN ABDUL JALIL
IIE170008
NOR AISYAH BINTI MOKHTAR
IIE170019

Comments
Post a Comment